sumbangan anda dapat meringankan beban kos rawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang
JOM BANTU MEREKA
Pertubuhan Sinar Amal (PSA) ditubuhkan pada 2019 bagi membantu pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang di seluruh Malaysia dengan menyediakan pusat rawatan dan melaksanakan aktiviti dan program berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan. Kini Pusat Dialisis Sinar Amal (PDSA) berada di 3 lokasi iaitu Ipoh, Kampar dan Batu Gajah Perak. Ia bertujuan untuk membantu dan memudahkan masyarakat untuk mendapatkan rawatan dialisis yang komprehensif dan bermutu.
Pertubuhan Sinar Amal (PSA) ditubuhkan pada 2019 bagi membantu pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang di seluruh Malaysia dengan menyediakan pusat rawatan dan melaksanakan aktiviti dan program berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan.
Sokongan PSA
TENTANG PSA
Pelbagai bidang kepakaran di dalam keahlian PSA telah menjadikan pertubuhan ini sebuah entiti yang mampu membantu mengurangkan beban masalah kesihatan dan berusaha untuk meningkatkan standard penjagaan yang kami sediakan kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan mereka yang menghidap penyakit berkaitan kesihatan yang ditanggung oleh masyarakat Malaysia yang memerlukan.
MISI PSA
Menyokong kebajikan keluarga dan pesakit kronik dialisis dalam pembangunan dan kesejahteraan kesihatan.
VISI PSA
Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan kesihatan, sosial dan ekonomi.
Bagaimana Kami Membantu Pesakit
01.
Menaja Kos Ubat-Ubatan kepada pesakit
Merangkumi pelbagai jenis ubatan untuk penyakit diabetis yang diperlukan seharian.
02.
Menaja Kos Rawatan Dialisis
Proses Dialisis adalah antara keperluan untuk rawatan yang mempunyai kos tinggi.
03.
Menaja Kos Ujian Darah
Ujian darah adalah proses yang sering dilakukan untuk pesakit-pesakit diabetis.
04.
Menaja Kos Pengangkutan
Kos pengangkutan juga diambil kira disebabkan pesakit-pesakit yang tinggal di lokasi yang lebih jauh.
Fungsi Jabatan PSA
- Lakukan penilaian sosial dan kewangan permohonanan pesakit baharu untuk kemasukan ke Pusat Dialisis Sinar Amal.
- Nasihat pesakit dan keluarga mereka untuk mengurus dan meningkatkan kesejahteraan emosi, sosial, psikologi, fizikal dan kewangan mereka.
- Menyiasat dan memproses permohonan untuk subsidi KKM.
- Lakukan semakan tahunan pesakit di Pusat Dialisis Sinar Amal untuk memastikan pematuhan mereka dan mengemaskini status sosio-ekonomi semasa mereka.
- Mengadakan mesyuarat dua bulanan Jawatankuasa Pemilihan dan Kebajikan Pesakit untuk kelulusan rasmi permohonan baharu dan menyelesaikan isu lain yang berkaitan dengan kebajikan pesakit.
- Rangkaian dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan untuk membantu pesakit yang menghadapi masalah kewangan dan lain-lain.
- Sokong aktiviti Kumpulan Sokongan Pesakit di bawah seliaan PSA.
Sumbangan Anda
Bagaimana Anda Boleh Membantu
Anda boleh mengambil bahagian untuk memberi sumbangan dalam meringankan beban.
Sukarelawan
Sebagai sebuah pertubuhan kebajikan, kami mengalu-alukan mana-mana sukarelawan untuk menyertai kami dan memberikan sokongan untuk pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh PSA di bawah pendidikan awam, pengumpulan dana dan kebajikan. Datang dan buat perubahan dalam perjuangan kita melawan penyakit buah pinggang dan selamatkan nyawa!
Merchandise
Tolong bantu kami mengumpul dana dengan membeli barangan PSA.
Fund Raising
Bantu kami meningkatkan pengumpulan dana untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Aktiviti Pengumpulan Dana
Galeri aktiviti-aktiviti PSA.
1 - Bantuan Fasiliti
Mewujudkan fasiliti atau prasarana berkaitan perubatan bagi membantu golongan asnaf yang mempunyai masalah urusan rawatan perubatan terutamanya rawatan dialisis.
2 - Menguruskan Dana
Mendapatkan dana bagi menyediakan barang-barang keperluan bagi pusat dialisis yang diuruskan oleh pertubuhan ini.
3 - Sumbangan Kemasyarakatan
Melaksanakan aktiviti dan program berkaitan dengan kebajikan masyarakat Malaysia.
Derma sekarang
Setiap RM1 yang anda sumbangkan akan digunakan sebaik-baiknya untuk pesakit dan golongan yang memerlukan.
Nota: Pendapatan dan perbelanjaan yang diaudit dihantar ke
Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) setiap tahun.