Menyumbang demi meringankan beban kos rawatan hemodialisis oleh pesakit

JOM BANTU MEREKA

Pertubuhan Sinar Amal (PSA) ditubuhkan pada 2019 bagi membantu pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang di seluruh Malaysia dengan menyediakan pusat rawatan dan melaksanakan aktiviti dan program berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan.

Pertubuhan Sinar Amal (PSA) ditubuhkan pada 2019 bagi membantu pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang di seluruh Malaysia dengan menyediakan pusat rawatan dan melaksanakan aktiviti dan program berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan.

0
Jam Setiap Sesi
0
Rawatan Setiap Minggu
RM 0
kos setiap rawatan
RM 0
Sebulan Seumur Hidup
Sokongan PSA

TENTANG PSA

Dengan permulaan kami yang sederhana dan ditubuhkan pada Ogos 2019, PSA memberi kesedaran serta membantu mengurangkan beban masyarakat Malaysia dalam mengharungi kehidupan mencabar sebagai pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Pelbagai bidang kepakaran di dalam keahlian PSA telah menjadikan pertubuhan ini sebuah entiti yang mampu membantu mengurangkan beban masalah kesihatan dan berusaha untuk meningkatkan standard penjagaan yang kami sediakan kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan mereka yang menghidap penyakit berkaitan kesihatan yang ditanggung oleh masyarakat Malaysia yang memerlukan.

MISI PSA

Menyokong kebajikan keluarga dan pesakit kronik dialisis dalam pembangunan dan kesejahteraan kesihatan.

VISI PSA

Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan kesihatan, sosial dan ekonomi.

galeri 2

Bagaimana Kami Membantu Pesakit

01.
Menaja Kos Ubat-Ubatan kepada pesakit

Merangkumi pelbagai jenis ubatan untuk penyakit diabetis yang diperlukan seharian.

02.
Menaja Kos Rawatan Dialisis

Proses Dialisis adalah antara keperluan untuk rawatan yang mempunyai kos tinggi.

03.
Menaja Kos Ujian Darah

Ujian darah adalah proses yang sering dilakukan untuk pesakit-pesakit diabetis.

04.
Menaja Kos Pengangkutan

Kos pengangkutan juga diambil kira disebabkan pesakit-pesakit yang tinggal di lokasi yang lebih jauh.

Fungsi Jabatan PSA

Sumbangan Anda

Bagaimana Anda Boleh Membantu

Anda boleh mengambil bahagian untuk memberi sumbangan dalam meringankan beban.

Sukarelawan

Sebagai sebuah pertubuhan kebajikan, kami mengalu-alukan mana-mana sukarelawan untuk menyertai kami dan memberikan sokongan untuk pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh PSA di bawah pendidikan awam, pengumpulan dana dan kebajikan. Datang dan buat perubahan dalam perjuangan kita melawan penyakit buah pinggang dan selamatkan nyawa!

Merchandise

Tolong bantu kami mengumpul dana dengan membeli barangan PSA.

Fund Raising

Bantu kami meningkatkan pengumpulan dana untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Aktiviti Pengumpulan Dana

Galeri aktiviti-aktiviti PSA.
1 - Bantuan Fasiliti

Mewujudkan fasiliti atau prasarana berkaitan perubatan bagi membantu golongan asnaf yang mempunyai masalah urusan rawatan perubatan terutamanya rawatan dialisis.

2 - Menguruskan Dana

Mendapatkan dana bagi menyediakan barang-barang keperluan bagi pusat dialisis yang diuruskan oleh pertubuhan ini.

3 - Sumbangan Kemasyarakatan

Melaksanakan aktiviti dan program berkaitan dengan kebajikan masyarakat Malaysia.

Derma sekarang

Setiap RM1 yang anda sumbangkan akan digunakan sebaik-baiknya untuk pesakit dan golongan yang memerlukan.

Nota: Pendapatan dan perbelanjaan yang diaudit dihantar ke
Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) setiap tahun.

Nota: Pendapatan dan perbelanjaan yang diaudit dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) setiap tahun.

Senarai Pusat Dialisis

Pusat Dialisis Sinar Amal - PDSA Cawangan Kampar
Pusat Dialisis Sinar Amal - PDSA Cawangan Ipoh
Cara Hubungi Kami